Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

*       

ﻓﺭﻛﻳﺲ ﺪﺍﺭﺍﻷﻧﺻﺎﺭﻯ

*       

PENDAHULUAN

*      

 

Pertubuhan Kebajikan Islam Darul Ansari atau PERKIS Darul Ansari telah ditubuhkan pada awal tahun 2008. Pertubuhan ini ditubuhkan untuk menjaga kebajikan khasnya ke atas ahli-ahlinya yang berdaftar serta semua umat Islam secara amnya. Dalam menjaga kebajikan ahli-ahli, pertubuhan telah menyediakan skim sumbangan khairat kepada semua ahli yang dinamakan sebagai TAKWA. TAKWA adalah ringkasan dari program Ta’awun, Khairat dan Wasaya yang dianjurkan oleh PERKIS Darul Ansari. Disamping itu juga, pertubuhan ini sentiasa berusaha membantu ahli untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka dengan penubuhan KOPERKIS yang menganjurkan program-program keusahawanan seperti PERKIS Mini Mart, Restoran, Kedai Cenderamata dan Bunga serta banyak lagi termasuk program-program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan juga swasta. Sila ke link berikut untuk maklumat lanjut mengenai KOPERKIS BERHAD.

 

Atas tujuan kebajikan, pertubuhan ini tetap dalam proses mengumpul dana untuk membuka sebuah rumah untuk Anak-Anak Yatim dan Miskin. Rumah ini, diharapkan akan mampu menempatkan anak-anak yatim dan miskin yang berada di sekitar Selangor. Rumah ini juga diharapkan akan mampu memberikan pelajaran samada dari segi akademik atau pendidikan agama kepada penghuninya.

 

PERKIS Darul Ansari diterajui oleh Yg. Bhg. Ayahanda Ustaz Hj. Wan Kamarulzaman Wan Abd Aziz selaku Pengerusi. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang perniagaan hingga kepada pegangan modal yang bernilai ratusan juta ringgit. Beliau kini bergiat aktif dengan menubuhkan KOPERKIS BERHAD dan bertindak sebagai pakar motivasi keusahawanan dan konsultan kepada para usahawan bumiputra yang ingin membangunkan dan mengembangkan perniagaan mereka. Berasaskan kepada kebajikan inilah, PERKIS Darul Ansari ditubuhkan untuk membantu para usahawan bumiputra agar terus maju dipersaingan kebangsaan dan antarabangsa. PERKIS Darul Ansari dijangka akan mencapai seribu keahlian pada penghujung tahun 2013 ini.

 

PENDAFTARAN KEAHLIAN

Ø   Pendaftaran adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam

Ø   Berumur 18 tahun dan ke atas

 

Ø   Dengan mengisi BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN PERKIS

 

Ø   Mengembalikannya ke alamat:

 

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM DARUL ANSARI

No. 31B Lrg 3 Lot 2048

Bt 10 Jln Gombak-Bentung

53100 Gombak

SELANGOR.