Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

*       

ﻓﺭﻛﻳﺲ ﺪﺍﺭﺍﻷﻧﺻﺎﺭﻯ

*       

PPM-021-10-18032013

*      

 

KOPERASI PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM DARUL ANSARI

BANDAR BARU BANGI BERHAD

(KOPERKIS BERHAD)

 

 

PROJEK-PROJEK KOPERASI PERKIS BERHAD

 

(PROGRAM PERKIS NIAGA)

 

KOPERKIS BERHAD menyediakan beberapa projek dalam rangka Program PERKIS NIAGA yang akan dijalankan bersekali dengan Khidmat Rundingan Perniagaan kepada para ahli yang ingin memulakan perniagaan serta kepada ahli yang telah memulakan perniagaan mereka. Ini bagi memastikan perniagaan ahli sentiasa berjalan lancar serta menjamin pulangan modal serta keuntungan kepada KOPERKIS BERHAD.

 

Projek 1: PERKIS MART

KOPERKIS  BERHAD akan menceburi bidang Pasar Mini atau Kedai Runcit dengan penjualan barang-barang keperluan harian memandangkan keperluan serta potensi yang ada dan juga peluang membantu para ahli menjalankan perniagaan.

 

Projek 2: RESTORAN

KOPERKIS BERHAD juga akan menceburi bidang urusniaga restoran memandangkan urusniaga tersebut sentiasa mempunyai permintaan. Ahli akan diberikan kemudahan membina perniagaan tersebut disamping khidmat perundingan akaun dan sebagainya.

 

Projek 3: KEDAI BUNGA DAN CENDERAMATA

Memandangkan bidang penjualan bunga dan cenderamata sentiasa mendapat sambutan terutama untuk majlis-majlis pertunangan dan perkahwinan, harijadi, kelahiran, graduasi, hari guru, hari ibu, hari bapa dan sebagainya maka KOPERKIS BERHAD akan memberikan galakan dan tunjuk ajar kepada ahli untuk menceburi bidang perniagaan barangan tersebut.

 

Projek 4: KEDAI JAHITAN

Ahli yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang jahitan tetapi berminat untuk menjalankan perniagaan tersebut akan dihantar berkursus untuk mendapatkan kemahiran dalam bidang jahitan. Setelah mereka mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut, maka KOPERASI PERKIS SELANGOR BERHAD akan membantu mereka memulakan perniagaan. Khidmat runding niaga dan tunjuk ajar akan sentiasa diberikan bagi memastikan perniagaan mereka sentiasa berjalan lancar dan pinjaman dapat dilunaskan.

 

Projek 5: PERKIS PRINTING

Kedai Printing KOPERASI PERKIS SELANGOR BERHAD akan menubuhkan perniagaan percetakan bagi menyediakan perkhidmatan printing kepada ahli memandangkan potensi perniagaan ini mampu berkembang selain membantu KOPERASI PERKIS SELANGOR BERHAD dalam mengeluarkan brochure maklumat serta pelbagai percetakan lain.

 

Projek 6: KEDAI KOMPUTER DAN SERVICES

Perniagaan komputer dan services dalam dunia IT dan multimedia semakin berkembang. Penjualan komputer, note-book, alatan komputer, accessories, software dan sebagainya sentiasa mendapat sambutan bahkan semakin meningkat permintaannya. KOPERASI PERKIS SELANGOR BERHAD merasakan kewajaran menggalakkan ahli menceburi bidang komputer dan services ini. Bisnes yang berdaya saing dan sentiasa berkembang maju akan menjamin pulangan dan perkembangan KOPERASI PERKIS SELANGOR BERHAD sendiri.

 

Projek 7: PENTANIAN DAN PENTERNAKAN

Bagi ahli yang berada di kampung-kampung serta mempunyai tanah yang agak luas, KOPERASI PERKIS SELANGOR BERHAD akan membantu mereka mengusahakan tanah mereka samada dalam bidang pertanian mahupun penternakan secara komersial. Ini mampu meningkatkan taraf ekonomi mereka serta menjamin kehidupan keluarga yang lebih baik dari keadaan yang sedia ada.