Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

*       

ﻓﺭﻛﻳﺲ ﺪﺍﺭﺍﻷﻧﺻﺎﺭﻯ

*       

PPM-021-10-18032013

*      

 

KOPERASI PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM DARUL ANSARI

BANDAR BARU BANGI BERHAD

(KOPERKIS BERHAD)

 

 

PENGENALAN

 

Koperasi Pertubuhan Kebajikan Islam Darul Ansari Bandar Baru Bangi Berhad atau ringkasnya KOPERKIS BERHAD ditubuhkan atas cadangan kebanyakan ahli yang berdaftar dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Darul Ansari (PERKIS Darul Ansari) dan proses penubuhannya sedang diusahakan secara bersama.

 

Cadangan penubuhan ini adalah disebabkan oleh beberapa isu yang sering diutarakan oleh para ahli seperti kesusahan hidup yang mereka alami, ketiadaan sumber bantuan pinjaman kewangan untuk membantu mereka membangunkan perniagaan, kekurangan sumber dana PERKIS Darul Ansari untuk membantu para ahli serta perlunya PERKIS Darul Ansari bergerak dalam bentuk sebuah organisasi koperasi yang formal dan sempurna.

 

Jawatankuasa Penaja telah diberi amanah untuk mengusahakan penubuhan KOPERKIS BERHAD. Proses awal penubuhan koperasi telah diambil termasuklah menyediakan kertas kerja penubuhan koperasi dan perlantikan Jawatankuasa Penaja.

 

Adalah diharapkan, KOPERKIS BERHAD mampu menjadi platform penting dalam membantu sosio-ekonomi masyarakat Islam seiring dengan motif penubuhan PERKIS Darul Ansari yang membantu dan menjaga kebajikan umat Islam.

 

KOPERKIS BERHAD akan sentiasa mencari peluang untuk ahli-ahli meningkatkan taraf kehidupan mereka, akan sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan kemahiran ahli dan memberikan khidmat bimbingan atau rundingcara bagi membina dan memajukan perniagaan ahli agar sentiasa berkembang dan menjamin pulangan yang tetap dan lumayan.

 

KOPERKIS BERHAD bercita-cita untuk menduduki tangga 100 Koperasi Terbaik di Malaysia yang mampu menyediakan pelbagai kemudahan untuk ahli menjalankan perniagaan, meningkatkan taraf hidup serta memajukan pendapatan seisi keluarga.

 

KOPERKIS BERHAD akan sentiasa mencari peluang untuk ahli-ahli meningkatkan taraf kehidupan mereka, akan sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan kemahiran ahli dan memberikan khidmat bimbingan atau rundingcara bagi membina dan memajukan perniagaan ahli agar sentiasa berkembang dan menjamin pulangan yang tetap dan lumayan.