|
|
ﻓﺭﻛﻳﺲ ﺪﺍﺭﺍﻷﻧﺻﺎﺭﻯ |
|
|
PPM-021-10-18032013 |
|
|
KOPERASI PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM DARUL ANSARI BANDAR BARU BANGI BERHAD (KOPERKIS BERHAD)
OBJEKTIF PENUBUHAN
· Untuk mempercepatkan program pembudayaan keusahawanan di kalangan para ahli PERKIS terutama kearah pengwujudan perniagaan dan perusahaan yang berskala besar.
· Membantu kewujudan usahawan-usahawan kecil di bawah program PERKIS Usaha Niaga yang memberikan tumpuan kepada ahli dari kalangan belia yang belum bekerja serta ibu-ibu tunggal.
· Untuk membantu ahli koperasi meningkatkan tahap sosio-ekonomi mereka terutama sekali semasa kenaikan kos hidup dan kenaikan harga barang.
· Untuk membantu para ahli dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan demi kebaikan semua pihak.
· Untuk memperkenalkan pengurusan dan pentadbiran koperasi kepada semua ahli PERKIS memandangkan pelbagai kemudahan dan bantuan yang disediakan oleh pihak Kementerian.
· Untuk bekerjasama secara sukarela di bawah Akta Koperasi 1993 dengan tujuan untuk meningkatkan pulangan dan pendapatan hasil dari caruman setiap ahli.
· Membantu mewujudkan peluang perniagaan serta peluang kerja kepada ahli PERKIS yang kini telah melebihi dari 100 orang ahli yangmana kebanyakannya adalah dari golongan sederhana yang berniaga atau bekerja sendiri.
|