|
(001789755-W) (PPM-021-10-18032013) |
ﻓﺭﺗﻭﺑﻬﻥ ﻛﺑﺎﺟﻳﻗﻛﻥ ﺍﺳﻼﻢ ﺩﺍﺭﺍﻷﻧﺻﺎﺭﻯ 31B LORONG 3 LOT 2048, BATU 10 GOMBAK, SELANGOR 013 – 6222218 / 019 – 2722880 |
|
|||||||
|
... |
|||||||||
|
... |
|
… |
|
AGENDA UTAMA: ﺃﻣﺗﻰ ﺃﻣﺗﻰ ﺃﻣﺗﻰ “UmmatKu, UmmatKu, UmmatKu” Menyambung kerja dan tugas yang pernah dijalankan oleh Rasulullah s.a.w serta para Sahabat adalah merupakan Agenda Utama PERKIS Darul Ansari. Menjaga Kebajikan Ummah serta melatih ahli bekerja dengan Allah semata-mata dengan mengorbankan tenaga dan jiwa raga demi membantu sesama ummah. Penyatuan Ummah dan jalinan Ukhwah Islamiah yang sebenar melalui Sistem TAKWA serta Menyebarkan Ilmu dan Mempertingkatkan Keimanan adalah merupakan rangka kerja ke atas setiap ahli PERKIS Darul Ansari. Islam memerlukan Kader-Kader yang mampu memikul Amanah, Bekerja Dengan Allah, mampu merancang, mengatur strategi, memimpin, membimbing dan menggerakkan Jemaah ke arah membela Kedaulatan Islam dan Kebajikan Ummah. PERKIS Darul Ansari telah menyusun dan merangka suatu sistem yang dinamakan LINES LEADER Program dalam usaha membentuk kepimpinan ahli untuk menjadi Kader-Kader yang mampu Bekerja Dengan Allah dengan penuh Taqwa, Ikhlas dan Redha.
|
Perpecahan hanya akan mengakibatkan Umat Islam menjadi lemah. Perpecahan berlaku adalah akibat dari pincangnya Ekonomi, Politik, Kuasa dan Sosial.
Satukan Ummah di bawah Panji Kalimah ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻟﻪ LAA ILAA HA ILLAL LAAH.
Hapuskan perbezaan Ekonomi, Politik, Kuasa dan Sosial. |
PROGRAM:
1. Memperkenalkan Konsep Ta’awun Persaudaraan Ansar dan Muhajirin sebagaimana yang pernah dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
2. Memperkenalkan Konsep Khairat dan Wasaya sebagaimana yang pernah diamalkan oleh Rasulullah s.a.w sewaktu di Madinah.
3. Memperkenalkan Konsep Lines Leader yang Bekerja Dengan Allah sebagaimana yang pernah diterapkan oleh Rasulullah s.a.w ke atas kesemua Sahabat Baginda r.a.
4. Menyediakan Majlis Ilmu dan Tazkirah bagi memberikan kefahaman Islam yang sebenar mengikut Al Quran dan As Sunnah.
5. Menerbitkan Makalah atau terbitan Ilmuan untuk Umat Islam.
6. Menunaikan Hak-Hak ke atas Ummah: 6.1 Hak Mendapat Kesejahteraan 6.2 Hak Untuk Dirahmati 6.3 Hak Semasa Mengadakan Walimah 6.4 Hak Khidmat Nasihat 6.5 Hak Sewaktu Susah atau Sakit 6.6 Hak Sewaktu Kematian
|
|
|
||
|
®Dimiliki sepenuhnya oleh PERKIS Darul Ansari Resources. Email : perkis965@yahoo.com 013 – 6222218 / 019 – 2722880 |
||