
|
|
KETAATAN
KEPADA WALIUL AMRI |
|
|
v
Waliul Amri adalah Barisan Kepimpinan yang
memimpin umat Islam dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan dan
agama. v
Sebagai umat Islam yang meletakkan Syahadatain, Al
Quran dan Sunnah sebagai tunggak utama dalam kehidupan, kewajipan mentaati
Waliul Amri tidak perlu dipertikaikan lagi. v
Firman Allah Taala bermaksud : “Taatlah kamu
kepada Allah, Taatlah kamu kepada Rasul dan Ulil Amri yang memimpin kamu“. v
Kewajipan mentaati kepimpinan Waliul Amri
diletakkan pada kedudukan Ketiga selepas Allah dan Rasul. Kepimpinan Waliul
Amri ini kebanyakannya dipegang oleh Guru-Guru Mursyid. Guru yang meletakkan
Al Quran dan Sunnah sebagai Wadah Perjuangan. Guru yang menjadi Qudwah yang
mewarisi Akhlak Nubuwwah. Ketaatan ini adalah ketaatan bersebab. Bukan
ketaatan secara membabi buta, taksub atau ekstrem. v
Saidina Umar Al Khattab sewaktu dilantik menjadi
Khalifah mengucapkan : “Wajib ke atas kamu semua mentaati aku selagi aku taat
kepada Allah dan Rasul“.“Sekiranya aku tidak mentaati Allah dan Rasul maka
kamu tidak wajib mentaati aku“. v
Ketaatan Bersebab inilah yang memperturunkan hukum
WAJIB mentaati Waliul Amri. Antara Sebab-Sebabnya: ·
Waliul Amri mentaati Allah dan Rasul ·
Waliul Amri membawa tugas dan amanah kepimpinan
dari Allah dan Rasul sebagaimana Allah memberikan tugas dan amanah kepimpinan
kepada para Nabi dan Rasul. ·
Waliul Amri bertindak sebagai Guru Mursyid
memberikan pertunjuk kepada jalan yang benar dan hak. ·
Waliul Amri adalah Nasab Khalifah. ·
Waliul Amri adalah mereka yang telah menyerahkan
diri mereka mengabdikan diri pada jalan Allah. v
Penderhakaan
terhadap Waliul Amri atau Guru-Guru Mursyid ini dianggap suatu
pengkhianatan terhadap Allah dan Rasul. Jika di zaman Khalifah Ar Rashidin,
mereka yang derhaka kepada Waliul Amri diperangi dan dihukum pancung atas
pengkhianatan yang mereka lakukan. v
9 Sahabat Yang Memeluk Islam di Makkah: 1.
Khadijah bt Khuwailid 2.
Ali b Abi Talib 3.
Zaid b Harithah 4.
Abu Bakar As Siddiq 5.
Umar Al Khattab 6.
Uthman b Affan 7.
Abbas b Abdul Mutalib 8.
Hamzah b Abdul Mutalib 9.
Jaafar b Abi Talib v
"Walisongo"
atau 9 Wali: 1.
Maulana Malik Ibrahim - Syeikh
Maghribi (Arab) 2.
Sunan Ngudung - Penghulu Rahmatullah (Bapa Sunan Kudus) 3.
Sunan
Ampel - Raden Rakhmat (Sepupu Maulana Malik) 4.
Sunan Kalijogo - Raden Sahid 5.
Sunan Giri - Raden
Paku (Melaka) 6.
Sunan Gunung Jati - Syeikh
Nuruddin Fathillah Syarif Hidayatullah 7.
Sunan Kudus - Ja’afar As Shadiq 8.
Maulana Ibrahim Asmoro - Bapa
Sunan Ampel 9.
Syeikh Sitti Jenar - Syeikh
Lemah Abang |