Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

*       

*       

PERKHIDMATAN

 

 

 

Pengurusan Hal-Hal Kebajikan :

       

Islam menggalakkan umatnya bantu membantu dalam perkara kebaikan terutama dalam perkara kebaikan dan kebajikan. Firman Allah Ta’ala dalam surah Al Maidah Ayat 2 yang bermaksud:

“Bantu membantulah kamu dalam perkara kebajikan dan janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa (kejahatan) dan permusuhan”

 

Allah Ta’ala berfirman dalam surah Al Hujurat ayat 15 bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak berpaling, dan mereka berjihad dengan harta-benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar”.

Di bawah pengurusan dan pentadbiran Pertubuhan Kebajikan Islam Darul Ansari, pertubuhan ini menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan kepada semua ahli dan masyarakat setempat.

 

Antara aktiviti-aktiviti kebajikan yang sedang dalam proses untuk dijalankan adalah:

 

 

Ø    Menubuhkan dan mengelola Koperasi Pertubuhan Kebajikan Islam Darul Ansari (KOPERKIS BERHAD).

 

Ø    Memperkenalkan Skim TAKWA yang mengandungi program Ta’awun, Khairat dan Wasaya yang bertujuan menjaga kebajikan ahli serta saling bantu membantu sesama ahli.

 

Ø    Mengelola kursus-kursus keusahawanan untuk semua persatuan serta menjadi perunding ke atas perniagaan yang dijalankan.

 

Ø    Mengelola kursus-kursus keusahawanan untuk kaum ibu serta menjadi perunding ke atas sesuatu perniagaan yang dijalankan.

 

Ø    Mengelola kursus-kursus atau majlis Berzanji, Tarannum dan Tilawah.

 

Ø    Menubuhkan sebuah pusat aduan dan khidmat perundingan dengan kerjasama Kementerian Kebajikan Wanita untuk kes-kes dera, meninggalkan isteri tanpa nafkah, gantung tidak bertali, liwat, rogol, sumbang mahram, gangguan seksual dan sebagainya demi memastikan kebajikan wanita sentiasa terjaga.

 

Ø    Menubuhkan pusat khidmat masyarakat untuk membela apa jua kes-kes penganiayaan yang berlaku mengikut lunas-lunas, etika dan perundangan negara.

 

Ø    Menganjurkan kursus-kursus kekeluargaan untuk menjamin keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga.

 

Ø    Menganjurkan kem ibadah dan motivasi untuk mendidik remaja berakhlak mulia serta menghormati ibu-bapa, guru dan orang yang lebih tua.

 

Ø    Menganjurkan kursus mempertahankan diri wanita agar mereka tidak mudah menjadi mangsa ragut, rogol, gangguan seksual dan sebagainya.

 

Ø    Mengadakan operasi cegah maksiat (Amar Maaruf dan Nahi Mungkar) dengan kerjasama pihak polis serta Jabatan Agama Islam di sekitar Bandar Baru Bangi, Selangor.