|
|
|
|
|
USAHANIAGA & KEUSAHAWANAN |
|
|
Aktiviti Usahaniaga & Keusahawanan Aktiviti
perniagaan yang dijalankan adalah berasaskan kepada keperluan semasa,
kebolehan dan kemampuan ahli dalam menguruskan perniagaan tersebut. Ini
bermakna, perniagaan yang dijalankan tidak hanya memberikan penumpuan kepada
sesuatu bidang sahaja tetapi dipelbagaikan mengikut kesesuaian semasa,
kebolehan dan kemampuan ahli. PERKIS
Darul Ansari sentiasa membantu ahli-ahli dengan memberikan bimbingan
keusahawanan, menghantar para ahli untuk menghadiri seminar dan kursus untuk
meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka dalam bidang perniagaan. Antara
bidang perniagaan yang diceburi oleh ahli-ahli PERKIS Darul Ansari adalah: Ø
barangan logam Ø
barangan runcit Ø
produk-produk hasil pertanian Ø
penternakan lembu, ayam, itik, ikan air tawar
Ø
dan
sebagainya. PERKIS
Darul Ansari mempunyai rangkaian perniagaan dengan francaisor yang mampu
memperkembangkan perniagaan ahli ke arah yang lebih mantap dan sempurna.
Francaisor yang dilantik kebiasaannya akan menjadi mentor kepada ahli yang
menjadi francaisee dalam sesuatu perniagaan. Kursus
dan Seminar : PERKIS
Darul Ansari akan sentiasa menganjurkan seminar atau latihan kepada para ahli
demi untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mereka dalam
sesuatu bidang perniagaan yang diceburi tanpa melibatkan apa-apa bayaran
kepada ahlinya. Mereka akan diberi tunjuk ajar
bagaimana untuk mengenal potensi sesuatu perniagaan, bagaimana memulakannya,
memasarkannya dan sebagainya. PERKIS Darul Ansari mendapat sokongan penuh
dari pihak Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, MARA, INMIND serta
institusi kewangan dan keusahawanan yang lain. Kebanyakan kursus-kursus dan
seminar yang dianjurkan adalah di bawah tajaan dari pihak-pihak tersebut.
Sokongan penuh yang diberikan adalah berdasarkan kepada matlamat penubuhan
PERKIS Darul Ansari sendiri yang bukan berorientasikan kepada keuntungan
semata-mata tetapi adalah untuk menjaga kebajikan ahli serta membangunkan
ekonomi ahli hingga ke suatu tahap yang memberangsangkan. Pengurusan
Majlis, Kursus & Seminar : PERKIS
Darul Ansari mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan dan menganjurkan apa
jua majlis, kursus dan seminar samada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan
mahupun peringkat antarabangsa. Pengurusannya akan diurus tadbir oleh
Pertubuhan Kebajikan Islam Darul Ansari ataupun melalui PERKIS Darul Ansari
sendiri. Pertubuhan PERKIS Darul Ansari mempunyai anggota dan keahlian yang
cukup untuk ditugaskan di mana-mana majlis keramaian yang akan diadakan. Antara Majlis, Kursus dan Seminar yang
dianjurkan adalah: Ø
majlis-majlis keraian dan keramaian Ø
majlis kebudayaan Ø
majlis makan malam amal Ø
pengurusan dan pentadbiran pasar budaya Ø
pengurusan dan pentadbiran pasar malam Ø
pengurusan dan pentadbiran pasar sehari Ø
kursus-kursus motivasi Ø
khemah ibadah untuk pelajar-pelajar Ø
seminar pemantapan aqidah Ø
kursus menangani stress Ø
dan
sebagainya. Penyediaan Kertas Kerja & Khidmat Gerakerja : PERKIS
Darul Ansari juga menyediakan perkhidmatan untuk menyediakan kertas kerja
samada profil syarikat ataupun kertas kerja kewangan yang profesional kepada
syarikat-syarikat bumiputra yang memerlukannya dengan bayaran yang minima dan
berpatutan. Pertubuhan ini bersedia menjadi perunding antara
syarikat-syarikat tersebut dengan pihak kewangan atau pihak-pihak yang
terlibat. PERKIS Darul Ansari juga bersedia melakukan khidmat gerakerja dalam
mendapatkan hasil ke atas sesuatu kajian yang dijalankan. Bidang-bidang
yang ditawarkan untuk perkhidmatan penyediaan kertas kerja dan perkhidmatan
gerakerja adalah sebagaimana berikut: Ø
Permohonan Pinjaman Kewangan Ø
Profil Syarikat dan Pertubuhan Ø
Profil Kewangan Syarikat dan Pertubuhan Ø
Cadangan Projek Ø
Kajian Projek Ø
Kajian Pemasaran Semasa Ø
Kajian Kewangan Untung dan Rugi Syarikat Ø
Strategi Pemasaran Ø
Kajian Sains Sosial Ø
Kajian Tahap Kepuasan Pelanggan Ø
Penggunaan SPSS (Statistical Package Of
Social Science) |